![[VIDEO] Sukarelawan Malaysia Kongsi Keadaan Selepas Banjir, Sebak Banyak Jasad Belum Ditemui – ‘Bau Mayat Masih Kuat’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/banjir-3.jpg)
Seorang sukarelawan Malaysia berkongsi situasi terkini selepas musibah banjir yang melanda di kawasan Palambayan, Sumatra Barat.
Artikel Berkaitan: Netizen Pertahan Aktivis GSF, Kongsi Video Bantuan Banjir – ‘Mereka Dituduh Sibuk Dengan Gaza, Tak Tolong Rakyat Malaysia’
Artikel Berkaitan: Langkah Selamat & Efisien Bersihkan Rumah Selepas Banjir
Bau mayat
Menerusi perkongsian di TikTok, individu dikenali sebagai Salman dilihat meninjau lokasi selepas banjir sambil menghulurkan sedikit buah tangan kepada kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Difahamkan, masih ramai mangsa yang belum ditemukan kerana dibawa arus deras ketika banjir.
Bau mayat masih kuat di Palambayan, Sumatra Barat.
Keadaan tersangat dasyat, terlalu banyak rumah yang hancur.
Semoga dengan sedikit buah tangan ini berikan rawatan jiwa pada meraka.
Sementara itu, Salman memaklumkan bahawa kawasan yang dikunjunginya itu merupakan lokasi paling teruk terjejas di negeri Padang.
Doa daripada netizen Malaysia




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia mendoakan agar seluruh warga Indonesia yang terkesan dengan bencana itu dipermudahkan urusan dan dikurniakan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: TikTok @salmanceritakebajikan








