Pelakon, Jasmin Hamid berkongsi video ceramah yang disampaikan pendakwah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana mengenai isteri yang bergaji lebih tinggi daripada suami.
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Hadis Sebar Aib Seorang Muslim – ‘Barang Siapa Yang Membuka Aib Orang Lain…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Tangga Retak Menanti Belah, Adakah Boleh Dedah Aib Suami Atau Isteri? Ustaz Azhar Idrus Beri Penerangan
Jangan sombong bergaji besar
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Ustazah Oki menjelaskan tidak salah sekiranya seseorang isteri itu mempunyai gaji yang lebih besar namun harus sentiasa mengamalkan sikap menghormati suami.
Tambah Ustazah Oki, adalah berdosa bagi si isteri yang mempunyai sikap sombong dan meninggi diri terhadap suami.
Kadang-kadang Allah berikan rezekimu mungkin lebih banyak dibandingkan dengan suamimu.
Tak ada yang salah jika gaji isteri lebih banyak daripada suami.
Yang salah adalah ketika isteri sombong di hadapan suami, itu yang salah.
Engkau boleh bekerja kerana izin daripada suamimu, engkau boleh melakukan aktiviti di luar kerana restu dari suami.
Menerusi perkongsian itu lagi, Ustazah Oki turut mengingatkan bahawa kekayaan dan kesenangan yang dikecapi seseorang itu tidak akan kekal lama kerana itulah kitaran hidup manusia.
Mungkin pada saat ini, pendapat suamimu tidak sebanyak pendapat dan gajimu.
Namun kadang-kadang ketika seseorang itu merasakan dirinya berjaya (tidak semua ya), bila dia rasa dah banyak duit, tak perlukan suami dan rasa dia lebih tinggi dari suami.
Mungkin saat itu Allah titipkan rezeki buat kamu tetapi ingatlah roda itu berputar.
Jadi tidak boleh bagi kita orang yang beriman untuk tinggi diri, sombong, merasakan diri lebih tinggi kedudukannya dari si suami.
Sentiasa hormat pada suami
Di akhir video, Ustazah Oki menitip pesanan buat para isteri untuk tidak menanam rasa sombong dalam diri dan sentiasa menghormati suami.
Sesiapa pun diri kamu di luar, bila di dalam rumah kamu adalah makmum kepada suamimu.
Hormati dan taatilah suamimy kerana dialah yang telah mengizinkan kamu sehingga berjaya seperti hari ini.
Jangan pernah merasa sombong dan tetaplah hormati suamimu.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menegur tindakan Jasmin yang turut meletakkan gambar Fattah Amin pada hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, netizen beranggapan tindakan Jasmin itu boleh mendatangkan fitnah sekaligus memberikan kesan buruk kepada aktres, Nur Fazura.
Komen netizen
Sumber: Instagram Jasmin Hamid