berita

Jason Derulo Belasah 2 Lelaki Selepas Bengang Dipanggil Usher

January 7th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Penghibur Pop dan R&B, Jason Derulo telah terlibat dengan satu pergaduhan melibatkan 2 lelaki pada awal Selasa di Las Vegas Strip Resort, Nevada di Amerika Syarikat. Menurut pihak berkuasa, Derulo tidak ditahan mahupun disaman.

Mangsa tidak buat laporan ke atas Derulo

Foto: Yahoo! News

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Las Vegas, sebuah pertengkaran telah dilaporkan pada 2 pagi di sebuah kelab malam di Aria Resort, dan Derulo didapati telah bertindak membelasah 2 individu. Tiada kecederaan dilaporkan kepada polis.

Menurut laporan media dan lampiran video yang dimuatnaik laman web selebriti TMZ, Derulo, 32 tahun didapati menyerang sekurang-kurangnya seorang lelaki selepas lelaki tersebut memakinya dengan kata-kata kesat dan memanggilnya nama penyanyi lain, Usher.

Pihak polis berkata tiada tindakan susulan yang bakal diambil ke atas penyanyi itu kerana kedua-dua mangsa tidak mahu membuat laporan terhadapnya. Namun, Derulo diarahkan untuk meninggalkan premis tersebut dengan segera atas arahan menceroboh.

Pihak media gagal menghubungi agen dan pengurus Derulo bagi mendapatkan komen mereka tentang kejadian tersebut.

Video

Sumber: The Star

SKIP THIS AD ×