Pelakon meningkat naik, Meerqeen menolak dakwaan bahawa dirinya sedang membuat persiapan untuk beraksi di pentas antarabangsa iaitu Hollywood.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Tiba-Tiba Ucap ‘Selamat Tinggal’, Peminat Mula Risau – ‘Saya Tak Akan Berada Di Sini Untuk Sementara’

Artikel Berkaitan: Meerqeen Cuti Sembilan Bulan, Persiapkan Diri Untuk Projek Besar Tahun Depan

Hanya gurauan

Ketika ditemui OhBulan!, Meerqeen menjelaskan bahawa spekluasi itu bertebaran susulan ramai yang menyalah erti perbualannya menerusi panggilan telefon bersama rakan seindustri, Fazziq Muqris.

Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, itu tidak menolak andai dikurniakan rezeki untuk mengembangkan bakatnya di sana.

Mana ada saya nak pergi Hollywood, siapa cakap? Yang telefon saya itu Fazziq dan itu gurauan dengan kawan-kawan.

Tapi kalau ada rezeki sudah pasti saya akan pergi. Itu impian semua pelakon, kalau ada insyaAllah.

Buat masa sekarang itu hanyalah gurauan.

Untuk persiapan filem seterusnya, banyak yang saya tengah prep (buat persediaan) sekarang tapi bukan ke Hollywood.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Klepet yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.

Bukan menjauhkan diri

Sementara itu, Meerqeen turut mengulas tentang tindakannya yang kurang aktif di media sosial adalah kerana mahu memberikan ruang supaya peminat dapat melihat sisi berbeza bagi setiap watak yang dijayakannya.

Saya diam dan tak berkongsi di media sosial bukan saya mahu menjauhkan diri atau apa.

Cuma saya nak orang nampak perubahan diri saya sewaktu memainkan watak untuk projek seterusnya sahaja.

Saya nak bagi kejutan untuk peminat saya.

Terdahulu, Meerqeen memuat naik hantaran di Instagram seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya akan menjauh atau berehat seketika daripada media sosial.

Namun, ramai yang mendakwa tindakan yang diambil oleh Meerqeen itu adalah untuk membuat persiapan berikutan telah mendapat tawaran di Hollywood.

Untuk makluman, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut tercalon bagi kategori Selebriti Paling Viral di Ohbulan! Paling Viral Online.

Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.