Pelakon, Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal sering menjadi tumpuan peminat di media sosial. Mereka bukan sahaja hebat berlakon, tetapi mempunyai matlamat dalam bidang perniagaan. Paling penting, mereka melayan semua peminat dengan baik.
Artikel berkaitan: Bina Masjid RM1.2 Juta Untuk Orang Kampung, Pasangan Aeril & Wawa Dipuji Netizen
Terbaru, Aeril memuat naik satu video di Instagram TV mengenai perjalanan hidup bersama isteri tercinta.
Jatuh air mata jantan
View this post on Instagram
Bila throwback balik jatuh jgak air mata jantan aku. Inilah kisah perjalanan hidup saya dan isteri saya @w4w4_zainal. Bermula tahun 2012, sehingga kini, terlalu banyak kenangan pahit dan manis. Terima kasih isteri sebab tetap bersama saya walaupun pada awal perkahwinan kita,hanya sebentuk cincin berharga 50 ringgit je yang dapat saya berikan. Doakan hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat. Tag pasangan korang yang susah senang bersama.
Aeril Zafrel, telah mengimbas semula kenangan susah senangnya bersama Wawa Zainal bermula dari tahun 2012 sehingga sekarang. Tambahnya, dia berterima kasih kepada Wawa kerana setia sehingga kini. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.
Berjurai air mata ini
Rata-rata netizen mendoakan rumah tangga pasangan tersebut kekal sehingga akhir hayat dan bahagia selamanya.
Sumber: Aeril Zafrel