Bapa kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berharap kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai bulan rahmat dapat menjentik hati anak dan semua pihak yang terlibat dalam kemelut rumah tangga, terutamanya keluarganya agar bermuhasabah diri.
Artikel berkaitan: ‘Jangan Biarkan Mereka Berdua Memalukan & Menjatuhkan Maruah Jawi’ – Puteri Sarah
Artikel berkaitan: ‘Isteri Kedua Saya Memang Dengar Kata, Tak Pernah Keluar Kenyataan Apa Pun’ – Syamsul Yusof
Sedih keadaan tidak terkawal
Menerusi laporan Kosmo, Yusof meluahkan rasa sedih apabila situasi menjadi semakin tidak terkawal apabila anaknya menganggap nasihat seorang ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai satu racun.
Pada bulan Ramadan yang baik ini saya harap kita semua dekatkan diri dengan Allah, jauhkanlah hati daripada berprasangka buruk terhadap orang lain terutama emak sendiri.
Saya harap Syamsul muhasabah, begitu juga mereka yang berkaitan. Ibu bercakap untuk kebaikan, minta kembali ke pangkal jalan, itu nasihat bukan terus anggap sebagai racun.
Kalau anak datang berjumpa emak, peluk dan minta maaf, hati seorang ibu itu akan sejuk. Saya yakin ‘benda’ yang telah berlaku dia tak peduli lagi kerana anak yang disayangi berada di depan mata.
Tidak kiralah dia mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga sana, tapi jangan biarkan ibu sendiri menangis.
Tambah Yusof, dia enggan memperincikan tuduhan Syamsul tentang kecurangan Puteri Sarah Liyana dan kemungkinan isterinya, Datin Patimah Ismail meminta Syamsul menceraikan Sarah.
Ujar Yusof lagi, dia enggan memanjangkan perkara yang disifatkan sekadar prasangka.
Cukup-cukuplah. Ibunya cuma mahu dia balik. Itu saja. Saya pun sudah pujuk isteri jangan membalas apa-apa. Kita doa saja semoga Allah lembutkan hati anak kami.
Terdahulu, Syamsul Yusof hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan nusyuz kepada Puteri Sarah disusuli penjelasan berkenaan tindakannya itu dalam satu sidang media.
Sumber: Kosmo