berita

‘Jangan Biarkan Mereka Berdua Memalukan & Menjatuhkan Maruah Jawi’ – Puteri Sarah

March 23rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram Story, pelakon, Puteri Sarah memohon agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memandang serius kes melibatkan suaminya, Syamsul Yusof dan isteri kedua, Ira Kazar.

Artikel berkaitan: ‘Isteri Kedua Saya Memang Dengar Kata, Tak Pernah Keluar Kenyataan Apa Pun’ – Syamsul Yusof

Artikel berkaitan: ‘Dia Minta Dilepaskan & Cakap Sudah Ada Orang Lain’ – Syamsul Yusof

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Harus Bimbing Dia Walaupun Tidak Sempurna’ – Syamsul Yusof

Jangan biarkan mereka memalukan pihak Jawi

Ujar Sarah, dia bersuara sedemikian ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan Syamsul Yusof, 39,  apabila menafikan dakwaan bahawa dia sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

Selain itu, pengarah tersohor berkenaan ada menegaskan, bakal menyaman pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung kes tersebut.

Minta maaf cakap, Jawi ini ada banyak masalah sebenarnya berkaitan dengan rumah tangga dan sebagainya. Kenyataan-kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah. Dan, Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023.

Tambah Sarah, memandangkan perkara ini dalam siasatan, maka pihak terlibat khasnya pihak JAWI tidak seharusnya membiarkan pasangan tersebut memalukan serta menjatuhkan maruah JAWI.

Sumber: Puteri Sarah Liyana 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×