
Pelakon, Isyariana memasang hasrat untuk dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri sama seperti Nabi Muhammad SAW.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tawaran Ditarik Kerana Imej Bertudung, Isyariana Percaya Pada Rezeki – ‘Ummi Nazeera Boleh Saja Bawak Watak Antagonis’
Artikel Berkaitan: Isyariana Lakukan Adegan Mangsa Rog*l Sebelum Berhijab
Lelaki yang disukai

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 35, berkata jawapan itu sering terlintas dalam fikirannya apabila ramai yang bertanyakan jenis-jenis lelaki yang disukainya.
Pun begitu, Isyariana berkata dia tidak pernah berkongsi perkara itu kerana sedar dengan dirinya sendiri.
Sebenarnya bila org tanya saya nak jodoh macam mana, jawapan dalam hati mahu jodoh yang ada sifat macam Rasulullah SAW.
Tapi saya tidak tercakap sebab sedar diri. Disebabkan itu, saya pilih untuk single.
Perkongsiannya itu kemudian meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya mendoakannya ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik.
Sumber: Threads








