berita

JAWI Tidak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

March 14th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kontroversi dua orang pelakon ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah, baru-baru ini .

Artikel Berkaitan: A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Bagi Pengajaran Buat Artis Terpalit Kontroversi

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ruhainies Minta Maaf Pun, Saya Tak Terima Dia Berlakon Lagi’ – A.Aida Beri Tiga Kontrak Drama Kepada Bella Astillah

Tidak berkompromi

Menerusi laporan BHOnline, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies.

Ujar Na’im, kenyataan yang dikeluarkan olehnya ini adalah susulan timbul dakwaan di mana pihak JAWI seolah-olah melambatkan proses pendakwaan itu.

Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Setakat ini, JAWI dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.

Tambah Na’im, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat jika kes itu terlepas disebabkan pasangan itu adalah ‘public figure’.

Sumber: BH Online

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×