berita

‘Kalau Ruhainies Minta Maaf Pun, Saya Tak Terima Dia Berlakon Lagi’ – A.Aida Beri Tiga Kontrak Drama Kepada Bella Astillah

March 14th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penerbit Datuk A. Aida bertegas dan memberitahu bahawa dia enggan bekerjasama dengan pelakon Ruhainies susulan kontroversi ditangkap berkhalwat bersama aktor Aliff Aziz yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Artikel Berkaitan: A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies, Bagi Pengajaran Buat Artis Terpalit Kontroversi

Menerusi laporan Mstar, A.Aida memberitahu dia telah memberi tiga skrip drama baharu kepada Bella Astillah sebagai tanda sokongan dan juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

‘Blacklist’ Ruhainies

Menurut A.Aida, dia berasa kesal apabila Ruhainies sanggup menjalinkan hubungan dengan aktor Aliff Aziz iaitu suami kepada Bella, sahabat baik sendiri.

Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

Sebab itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti.

Tambah A.Aida, dia menyerahkan tiga skrip drama baharu itu ketika Bella hadir ke pejabatnya untuk menandatangani kontrak lakonan tersebut.

Peluang untuk Bella ini bukan sekadar tanda sokongan terhadapnya malah ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

Berbicara lebih lanjut, A. Aida menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak akan memberi peluang kepada mana-mana pelakon yang bermasalah.

Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya.

Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis bermasalah saya tidak akan ambil berlakon. Kalau Ruhainies, dia minta maaf pun saya tak terima dia berlakon lagi.

Sekadar info, Bella menerima tiga tawaran untuk drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo. Semua drama tersebut bakal memulakan penggambaran sepanjang tahun ini.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×