
Pelakon Jazmy Juma mengakui pernah terlewat hadir ke set penggambaran namun dia akan segera memohon maaf kepada setiap individu yang terlibat sebaik sahaja tiba di lokasi.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Profesional, Perhatian Apa Yang Kau Nak?’ – Jazmy Juma Tak Pilih Media Sosial Sebagai Tempat Teguran
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk 6 Tahun, Sentiasa Ada Di Sisi Saya Setiap Jatuh Bangun’ – Jazmy Juma Titip Ucapan Buat Isteri
Lambat bangun
Ketika ditemui OhBulan!, Jazmy, 28, menyifatkan kerjayanya sebagai pelakon menuntut komitmen yang tinggi dengan jadual kerja yang padat sehingga ada kalanya dia berasa terlalu penat.
Tambah Jazmy, kelewatan hadir ke set penggambaran akibat terlajak tidur merupakan perkara di luar kawalannya.
Saya manusia biasa. Kadang-kadang bekerja sebagai pelakon memang tidak menentu. Ada ketika jadual terlalu padat sehingga badan terlalu letih dan menyebabkan saya terlajak tidur.
Perkara itu saya tak boleh kawal.
Jika perkara itu berlaku, saya akan minta maaf kepada pihak produksi. Tapi tak selalu jadi kerana saya juga cuba memberikan komitmen terbaik. Saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Insya-Allah selepas ini saya akan cuba kekalkan tenaga dan disiplin yang lebih baik. Saya rasa ramai juga pernah melalui situasi seperti ini.
Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jazmy menafikan dakwaan dirinya sukar bekerjasama dengan barisan pelakon lain sepanjang berada di set penggambaran.
Saya tak pernah ada sebarang isu dengan mana-mana individu di set penggambaran.
Setakat ini, saya tidak pernah mengganggu sesiapa atau berlagak seperti diva ketika berada di lokasi.