
Industri hiburan Indonesia terus melakar nama di pentas global apabila tiga aktor muda, Jefri Nichol, Bryan Domani dan Angga Yunanda disenaraikan dalam carta Lelaki Paling Kacak di Dunia 2026.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Berdua Di Bali & Saling Follow IG, Jefri Nichol & Jule Kini Jalin Hubungan Istimewa?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semenjak Bersama Ameera, Saya Dah Tak Keluar Malam..Lebih Suka Duduk Rumah’ – Jefri Nichol
Jefri Nichol tempat ke-19

Senarai tersebut telah dikeluarkan oleh Shining Awards, sebuah platform undian peminat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk memilih kegemaran mereka merangkumi pelbagai kategori.
Menerusi undian yang dijalankan, Jefri Nichol berjaya menduduki tangga ke-19, sekali gus membuktikan karismanya diakui bukan sahaja di rantau Indonesia, malah oleh peminat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, dua lagi rakannya iaitu Bryan Domani dan Angga Yunanda mendapat undian yang lebih tinggi berbanding bintang filem Dear Nathan tersebut iaitu di tangga ke-17 dan ke-18.
Pemilihan bagi kategori ini bukan sekadar bersandarkan kepada rupa paras semata-mata, malah ia merupakan satu bentuk penghargaan terhadap karisma yang ditonjolkan oleh selebriti itu sendiri.
Ketiga-tiga pelakon Indonesia ini tersenarai bersama barisan selebriti gergasi dari seluruh dunia. Tempat pertama bagi tahun 2026 telah ditakluk oleh pelakon popular dari Australia, Jacob Elordi.
Senarai penuh

Sumber: Insertlive







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
