Pelakon Indonesia, Jefri Nichol akui berlaku perubahan pada diri semenjak menjalinkan hubungan istimewa bersama kekasihnya, Ameera Khan.

Artikel Berkaitan: Bahu Terkehel Ketika Bertarung, Jefri Nichol Akur Tewas Kepada El Rumi Dalam Tempoh 38 Saat

Artikel Berkaitan: Ameera Khan Sifatkan Jefri Nichol ‘Dream Guy’, Syukur Dapat ‘Boyfriend’ Setia & Penyabar

Suka duduk rumah

@ureportid

Semenjak pacaran sama pacarnya yang sekarang, Jefri Nichol jadi anak rumahan [cr: yt @radityadika @Jefri Nichol] #radityadika #jefrinichol #podcastclips #relationship #foryoupage

♬ Merindu Lagi – Mesa Hira & Yovie Widianto

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Jefri berkata, dia tidak lagi aktif dalam melakukan aktiviti malam semenjak memiliki kekasih hati.

Ujarnya lanjut, dia lebih gemar menghabiskan masa di rumah.

Semenjak bersama Ameera, saya lebih suka duduk rumah.

Ramai tak percaya tapi ini betul.

Sisi suka bermain game keluar kembali. Sebab 2 3 tahun lepas saya suka keluar malam.

Tapi selepas bersama Ameera, saya rasa tiada sebab lagi untuk meneruskan aktiviti malam.

Selalu ‘on-call’

Berkongsi lebih lanjut, Jefri memaklumkan dia sentiasa bersama Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) menerusi panggilan telefon.

Tambahnya, hubungan jarak jauh (LDR) memerlukan mereka sentiasa rasa dekat antara satu sama lain.

Bangun tidur, masih on-the-phone.

Kalau panggilan itu terputus, kami terus telefon semula.

Kami belum pernah tidak menghubungi antara satu sama lain, sentiasa on-the-phone.

Sumber: TikTok @ureportid