

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 tahun dengan penuh rasa syukur apabila menerima pemberian bermakna dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: ‘Tetaplah Menjadi Yang Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain’ – Jep Sepahtu
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kesal Nama Ditunggang – ‘Dalam Podcast Tu Kebanyakannya Direka & Ditokok Tambah’
Hadiah bermakna

Menerusi perkongsian yang menyentuh hati di Instagram, pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin berkongsi momen gembira yang membuatkan air matanya tidak henti mengalir.
Dalam hantaran itu, Jep seolah-olah memberi bayangan bahawa anaknya didiagnos autism menerusi hashtag yang ditinggalkan di ruangan kapsyen.
Hari ini (semalam) genap usiaku yang ke-40 tahun.
Baru sahaja aku mendapat hadiah yang membuat air mata aku tidak berhenti mengalir.
Syukur Alhamdulillah di atas pemberian ini.
Ternyata sangkaan baik ku selama beberapa tahun ini akan terus menjadi sangkaan baik sepanjang hidup.
Akui terharu dengan hadiah itu, Jep menganggap ia adalah satu amanah yang paling besar untuk dijaga dengan sepenuh hati.
Pun begitu, Jep tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai keadaan anak-anaknya itu.
Akan aku jaga amanah ini dengan penuh rasa syukur, cinta, kasih dan sayang. Khidir dan Abu Bakr seindah nama mu #anakabah #anaksyurga #autism.
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sari Yanti pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber: Instagram








