
Pendakwah bebas PU Syed tampil membuat teguran kepada seorang selebriti yang dianggap tidak peka dengan pemakaian anak perempuannya yang ditontoni umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Jenama Produk Makanan Popular – ‘Buatlah Konten Yang Mendatangkan Keberkatan’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed
Teguran ikhlas

Menerusi teguran yang dibuat di Facebook, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak meluahkan rasa kesal terhadap didikan ibu bapa yang melanggar syariah.
Tambah PU Syed, dia berpendapat bahawa sekiranya ibu kandung gadis tersebut masih hidup, pasti tidak akan membiarkan anak perempuannya berpakaian sedemikian.
Ayah artis dan juga peniaga, manakala arwah ibu juga artis.
Kini anaknya dibiarkan berpakaian yang tak sesuai dengan sifat seorang muslimah.
Banyak video yang tersebar di media sosial tentang cara pemakaian anaknya itu.
Saya yakin jika ibu kandungnya itu masih ada, sudah pasti dia akan menjaga anak itu dengan lebih baik khasnya dalam urusan auratnya.
Dalam pada itu, PU Syed sempat menitipkan pesanan agar ibu bapa lebih peka mendidik anak dalam era yang disifatkan sebagai akhir zaman.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Wahai ayah ibu sekalian, didiklah anak-anak kita dengan cara agama, tambahan lagi kita sedang berada pada hujung zaman yang penuh dengan tipu daya manusia.
Sumber: Facebook @PU Syed








