Di Instagram, status terbaharu yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi, ND Lala iaitu Fauziah Sarman berjaya mencuri perhatian netizen.
Artikel berkaitan: Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?
Didakwa mempunyai maksud yang mendalam
Jika sekiranya diam itu bijak. Lakukanlah. Tapi ketika bijak itu di injak bicaralah. #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything.
Menerusi posting tersebut, netizen mendakwa ayat Fauziah itu mempunyai maksud yang mendalam. Pada masa yang sama, timbul persoalan dalam kalangan netizen sama ada ayat terbabit ditujukan kepada pihak lain ataupun sekadar untuk mengingatkan dirinya sendiri.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia. Terdahulu, viral kisah mengenai seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia. Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.
Sumber: Instagram