berita

Netizen Petik Nama ND Lala, Tapi Isteri Kongsi Foto Bersama Sempena Anniversary?

February 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai isu seorang pelakon dan penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi satu secara rahsia.

Artikel berkaitan: Artis Popular Didakwa Nikah Senyap-Senyap, Isteri Baharu Jauh Lebih Muda?

Berikutan kontroversi tersebut, nama penyanyi, Datuk ND Lala dipetik oleh netizen. Netizen mendakwa ND Lala merupakan individu yang sedang hangat diperkatakan itu.

35 tahun

35 tahun. Alhamdulillah.

Di Instagram, isteri kepada ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman dilihat memuat naik foto mereka bersama sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-35 semalam. Tanda pagar yang ditulis oleh Fauziah menerusi posting tersebut turut mencuri perhatian ramai. Antara tanda pagar yang ditulis olehnya ialah ‘susah senang bersama’, ’till jannah’ dan ‘Alhamdulillah for everything’ .

Selain memuat naik foto bersama, pasangan suami isteri ini dipercayai keluar makan berdua sempena hari ulang tahun perkahwinan. Secara tidak langsung, dakwaan yang dikatakan oleh netizen itu dianggap kurang tepat kerana mereka kelihatan bahagia bersama.

Terdahulu, rumah tangga dibina pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata itu didakwa goyah apabila mereka dikatakan sudah bercerai. Spekulasi tersebut mula berlaku sekitar bulan Mac tahun lalu. Bagaimanapun, Shila Amzah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan, ibu bapanya sedang melalui fasa sukar selepas 33 tahun berkahwin

Sumber: Mama Zie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×