berita

Jiran Serbu Rumah..Wanita & ‘Tomboy’ Kantoi Dera Anak 7 Tahun Sampai Melepuh Satu Badan

August 13th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

ibu dera anak

Sejak semalam, tular kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera oleh dua wanita di mana salah seorang daripadanya dipercayai ibu kandung mangsa.

Artikel Berkaitan: Che’ Puan Khaleeda Sedia Maklum Kes Dera Bayi Di Johor- ‘Video Itu Sampai Ke Perhatian Saya’

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang.

Budak didera sampai melepuh

ibu dera anak

Menerusi video tular tersebut, menunjukkan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu menangis ketakutan dan menahan sakit akibat kecederaan yang dialami di bahagian belakang badannya dipercayai kesan penderaan ibu kandung dan teman serumahnya iaitu seorang wanita berperwatakan lelaki (tomboy).

Difahamkan, kejadian tersebut terbongkar selepas jiran tetangga menyerbu rumah yang diduduki dua beranak itu.

Kisah tersebut turut mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam. Menerusi perkongsian di IG, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak polis, exco, kakitangan Hospital Sultan Ismail (HSI) serta jiran tetangga yang prihatin dan sudi melindungi kanak-kanak tersebut.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan bahawa kedua-dua suspek telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber: YAM Che’ Puan Besar Khaleeda, Harian Metro

SKIP THIS AD ×