berita

Jisoo Blackpink & Ahn Bo-Hyun Sah Bercinta

August 3rd, 2023 | by Yong
Kini Trending

Jisoo Blackpink

Tular baru-baru ini, mengenai kisah percintaan salah seorang anggota Blackpink, Jisoo apabila agensi YG Entertainment mengesahkan hubungannya bersama pelakon Ahn Bo-Hyun.

Artikel Berkaitan: Park Seo Joon & Kim Soo Yoon Dilamun Cinta? Para Gadis Mula Tak Keruan!

Artikel Berkaitan:Pelakon Korea Park Soo Ryun Maut Jatuh Tangga, Keluarga Putuskan Mahu Derma Organ Mendiang

Sedang mengenali hati budi

Jisoo Blackpink

Menerusi laporan Allkpop, Jisoo dan Ahn Bo-Hyun kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Berita tersebut mula tersebar apabila laman berita Dispatch berkongsi gambar mereka bertemu di rumah Jisoo. Dikatakan Bo-Hyun kerap menghabiskan masa di rumah penyanyi lagu Flower itu di Yongsan, Korea Selatan.

Susulan itu, YG Entertainment dan FN Entertainment yang merupakan wakil agensi kedua-dua bintang tersebut turut mengesahkan berita berkenaan.

Jisoo dan Ahn Bo-Hyun kini sedang mengenali hati masing-masing. Kami sangat menghargai sekiranya anda dapat menyokong mereka berdua dengan baik.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×