Pelakon Korea Selatan yang popular dengan drama berjudul ‘Snowdrop’, Park Soo Ryun dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh tangga sewaktu pulang ke rumahnya pada petang Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Ini Rupa ‘Sebenar’ Hero Kpop Pujaan Korang Sebelum Hot Macam Sekarang
Keluarga mahu derma organ jantung
Memetik laporan portal NDTV, pemeriksaan oleh doktor mendapati kematian aktres berkenaan adalah disebabkan oleh kegagalan otaknya untuk terus berfungsi.
Susulan itu, keluarga kepada mendiang Soo Ryun mengambil keputusan untuk mendermakan organ jantungnya kepada mereka yang memerlukan sebagai tanda penghargaan kepadanya.
Jantungnya masih berdegup tetapi otaknya sudah mati. Saya pasti ada individu yang sangat memerlukan organ.
Sebagai ibu bapa, kami akan lebih bahagia apabila mengetahui jantungnya masih berdegup dalam diri orang lain.
Dalam pada itu, Soo Ryun difahamkan meninggal dunia sehari sebelum mengadakan pementasan di Pulau Jeju, Korea Selatan.
Sekadar info, selain popular dengan drama ‘Snowdrop’ yang dibintangi Jung Hae In dan Jisoo BlackPink, Soo Ryeon juga pernah muncul dalam beberapa karya muzikal seperti The Days We Loved dan Siddhartha.
Sumber: NDTV