Sudah empat tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi, Ziana Zain enggan mengatakan hatinya sudah tertutup mencari teman hidup. Tambahnya, dia tidak boleh menjangka mengenai takdir yang akan datang.
Jodoh bukan keutamaan sekarang
Ujar Ziana Zain lagi, dia memohon doa agar diberikan yang terbaik terutama apabila menyentuh soal jodoh walaupun itu bukan keutamaannya sekarang.
Saya lebih tertumpu kepada kehidupan saya sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya. Apa yang terjadi di masa hadapan, kita tak tahu. Saya tak berani cakap (tutup hati), sebab di masa hadapan kita tak tahu. Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya. Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa, wallahualam. Yang penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat.
Pelantun suara ‘Madah Berhelah’ ini turut memberitahu bahawa dia tidak pernah menerima mesej daripada peminat yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya. Jelasnya lagi, dia sendiri mengambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan mesej atau komen mengarut kerana hal tersebut boleh memburukkan keadaan.
Tak ada pun peminat tawar diri, sebab benda-benda macam ini saya tak layan. Kadang-kadang bila kita layan benda mengarut ini akan jadi berpanjangan jadi benda tak baik. Jadi lebih baik kita diamkan saja dan tengok yang baik-baik saja barulah saya balas.
Sumber: Harian Metro