berita

Joe Flizzow Akhirnya Tamat Zaman Bujang Pada Usia 41 Tahun, Tahniah!

June 26th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penyanyi rap terkenal tanah air, Joe Flizzow akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 41 tahun. Dia selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan. Berita gembira ini dikongsikan oleh ibu Marini, menerusi Instagram Fatimah Ismail. Tahniah diucapkan!

Selamat datang ke keluarga kami, Joe

Hari ini merupakan hari bahagia anak perempuan saya Nini dan Joe Flizzow. Tahniah buat keduanya, semoga perkahwinan kalian direstui Allah dan kekal selamanya.

Kepada Joe, selamat datang ke dalam keluarga kami. Sayang selamanya, Ibu.

Menurutnya, Joe Flizzow telah selamat bernikah dengan anaknya pada hari ini dalam suatu majlis tertutup. Mereka sebelum ini telah bertunang pada Disember tahun lalu dan sememangnya merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Suasana perkahwinan versi Covid

Suasana perkahwinan versi Covid. Sebelum ini anggap kamu sebagai abang dan akhirnya selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe Flizzow. Kepada Marini, anda merupakan pengantin yang paling cantik pernah saya lihat. Semoga anda berdua dirahmati. Sayang kamu semua.

Selain itu, adik kepada pengantin wanita, Didi Ramlan turut memuat naik beberapa keping gambar majilis pernikahan kakaknya itu berserta kapsyen ‘suasana perkahwinan versi covid’.

Sama cantik, sama padan

Sumber: Fatimah, Didi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×