Seperti yang dijanjikan, pempengaruh dan usahawan, Jofliam akan memberikan pizza wagyu percuma kepada orang ramai susulan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Offer Cik Epal Ambil Anak-Anak Tapi Dah 7 Hari, Dia Tak Muncul Walau Sesaat’ – Jofliam

Artikel Berkaitan: [FOTO] Jofliam & Dewi Buat Pelamin Atas Air, Hias Buggy Dengan Reben Pink & Netizen Tuntut Pizza Percuma

Pizza percuma minggu depan

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Story (IGs), usahawan berusia 37 tahun itu berkata majlis resepsinya akan digantikan dengan pemberian pizza percuma yang akan diadakan pada minggu depan.

Jofliam turut memberi peringatan untuk bersedia berebut bagi mendapatkan makanan percuma.

Saya tidak adakan majlis resepsi tetapi akan gantikan dengan event.

Pizza percuma minggu depan, tapi nak datang kena bertarung walaupun percuma.

Hari pertarungan pizza tunggu hari Rabu ini. Saya letak banyak lagi makanan, Insya-Allah.

Pertama kali solat berjemaah bersama isteri baru

Sementara itu, Jofliam yang baru sahaja menamatkan zaman dudanya memuat naik gambar bersama isterinya di hotel.

Menerusi hantaran Instagram Stories, memaparkan mereka berdua baru selesai solat berjemaah bersama.

Selesai solat berjemaah Isyak bersama kali pertama.

Moga berkekalan dan konsisten mencari redha Allah.

Sumber: Instagram