
Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali dan keluarga dilaporkan terkandas di tanah suci, Mekah ekoran daripada pesawat yang dinasihatkan tidak meneruskan penerbangan disebabkan peningkatan risiko ruang udara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan Ghazali Terkejut Kekasih Ramai Peminat -‘Masa Jalan-Jalan Dengan Dia Ada Orang Minta Nak Bergambar’
Artikel Berkaitan: Amir Nafis Setuju Dengan Luahan Johan Ghazali, Pesan Pempengaruh Jangan Cemar Muay Thai – ‘Naikkan Nama Sukan Tinju’
Terkandas di Mekah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Johan atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, memaklumkan hari ini sepatutnya menjadi hari kepulangannya ke Malaysia.
Bagaimanapun, ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran tidak mengizinkan dirinya dan keluarga pulang.
Masa yang tepat, sepatutnya terbang balik esok.
Selain itu, Johan yang mesra disapa Jojo menganggap situasi tersebut sebagai satu perkara positif kerana memberinya peluang untuk meluangkan lebih masa di tanah suci.
Perancangan Allah.
Dapat luang masa lebih lama di sini.
Sumber: Instagram @johanghazali_