berita

Johan Ghazali Mohon Maaf, Tiada Niat Merendahkan Sukan Silat – ‘Soalan Itu Perangkap, Patutnya Masukkan Bahagian Bergurau’

January 19th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Johan Ghazali

Atlit sukan Muay Thai, Johan Ghazali tidak mahu kenyataannya disalah erti oleh mana-mana pihak apabila dia mengatakan perlawanan ‘Muay Thai lebih real’  berbanding  sukan silat dalam sebuah podcast yang tular, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf Kepada Semua Penyokong Harimau Malaya’ – Kim Pan-Gon Akui Pemain Gugup Lawan Jordan

Artikel Berkaitan: Malaysia Bersedia Untuk Anugerah E-Sukan Yang Pertama

Hanya bergurau

Johan Ghazali

Menurut Johan atau mesra dengan sapaan Jojo, dia menghormati sukan silat dan akui soalan yang diajukan oleh hos podcast tersebut berbentuk perangkap.

Malah, Jojo berkata kenyataan itu dibuat dalam nada bergurau.

Saya respect suka silat. Soalan yang diberikan itu trap (perangkap), dia (hos) potong part itu sahaja. Sedangkan bahagian penuh saya bergurau.

Sepatutnya masuk sekali bahagian gurau itu. Bab sukan memang pendapat jujur saya Muay Thai lagi baik, tetapi kalau di luar mungkin silat lagi power.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pempengaruh media sosial bernama Azrul Affandi Sobry HM menerusi hantaran di Facebook.

Kata Azrul, atlit berusia 18 tahun itu turut memohon maaf apabila kenyataannya telah mengundang pelbagai reaksi kurang senang orang ramai.

Selesai sembang dengan Jojo. Dia akui tak ada niat pun retakkan hati atau merendahkan orang silat.

Dia hanya ulas pasal sukan. Tapi dia akui khilaf dia bergurau ajak orang silat ‘try’. Tapi katanya itu semua sebab pengacara yang provoke atau bagi soalan perangkap.

Terdahulu, Jojo mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Muay Thai lebih real’ berbanding sukan silat ketika menjadi tetamu sebuah podcast yang dikendalikan pempengaruh media sosial, Yousaf Iqbal.

Dalam video berkenaan, Jojo berkata dia melihat sukan silat seperti ‘tidak real’ berbanding sukan yang diceburinya.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×