berita

John Dihani Minta Maaf, Menyesal Fitnah ‘Buta Tuli’ Shuib & Siti Sarah

July 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari ini, pelawak dan penyampai radio Shuib menegaskan dia tetap meneruskan tindakan undang-undang terhadap John Dihani yang telah memfitnah dirinya atas kematian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin.

Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Itu Melampau! Dah Macam Saya Bunuh Siti Sarah’ – Shuib

Artikel Berkaitan: Shuib ‘Heret’ John Dihani Ke Mahkamah

Permohonan maaf terbuka

Terbaru, John Dihani tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Shuib. Menerusi hantaran di Instagram Stories, John Dihani berasa menyesal dengan perbuatannya menulis ‘Siti Sarah tak nak ditidurkan tetapi Shuib pujuk’ di Instagram (IG).

Saya John Dihani dengan rendah hati dan penuh penyesalan di atas khilaf yang saya lakukan. Dengan ini, ingin membuat permohonaan maaf terbuka kepada Abang Shuib dengan penuh ikhlas.

Berkaitan hantaran saya pada 30 Jun 2023 dengan memuat naik gambar poster iklan barang kemas yang memaparkan wajah Abang Shuib.

Kata John Dihani, dia sedar hantaran itu telah mengundang fitnah ke atas Shuib serta mengundang pengguna media sosial lain turut terlibat.

Dalam pada itu, John Dihani berharap agar Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad sudi untuk berjumpa secara empat mata bagi menyelesaikan persengketaan.

@ohbulanofficial Replying to @Haizan Baharom John kini dalam buruan @Shuib Sepahtu #ohbulan #sembangentertainment #shuibsepahtu #heret #johndihani #ke #mahkamah ? original sound – OHBULAN!

Sebelum ini, Shuib memberitahu dia akan menyeret John Dihani ke mahkamah kerana telah menabur fitnah. Ketika sidang media tergempar, Shuib berkata dia mempunyai maklumat lengkap mengenai John Dihani termasuk alamat rumah dan nombor telefon.

Sementara itu, bapa kepada empat cahaya mata ini telah memaafkan seorang pengguna Facebook iaitu Zulhairi Othman kerana berani tampil ke hadapan bersemuka bersama rakan media.

Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli sebuah organisasi Freemason selain sengaja menidurkan Allahyarham Siti Sarah.

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×