berita

Jokowi Ketua Negara Pertama Ucap Tahniah Pelantikan Anwar Diikuti Singapura & Turkiye

November 25th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi rakaman perbualannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo yang menjadi pemimpin dunia pertama mengucapkan tahniah atas pelantikannya.

Artikel Berkaitan: Moga Dapat Ubati Keperitan Rakyat, Diana Danielle, Rita Rudaini & Caprice Antara Selebriti Zahir Ucapan Tahniah Buat Anwar Ibrahim

Artikel Berkaitan: Angka Mangsa Gempa Bumi Meningkat 268 Orang, Jokowi Ikrar Bantu Bina Rumah Anti Gempa

Ketua negara terawal ucap tahniah

Menerusi perkongsian tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terima kasih sekali gus dirinya mengganggap ucapan itu sebagai satu penghormatan buatnya. Tambahan pula , Jokowi merupakan antara ketua negara yang paling awal menelefonnya.

Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala (ketua) negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang dan perniagaan, investasi, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menggambarkan hubungan Malaysia dan Indonesia umpama sahabat sejati yang terjalin sejak sekian lama, malah berhasrat mempertingkatkan lagi jalinan tersebut.

Singapura dan Turkiye turut ucap tahniah

Terbaharu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang kini bergelar Perdana Mentari Malaysia yang ke-10. Menurut pemimpin Kota Singa berkenaan, beliau tidak sabar menemui rakan sekerjanya itu bagi membincangkan isu yang dihadapi bersama, selain mengukuhkan hubungan dua hala.

Tidak ketinggalan juga, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut merakamkan ucapan tahniah kepada beliau melalui panggilan telefon beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10. Ujar Anwar, beliau berharap agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.

Sumber: InstagramFMT & Astro Awani

SKIP THIS AD ×