berita

Angka Mangsa Gempa Bumi Meningkat 268 Orang, Jokowi Ikrar Bantu Bina Rumah Anti Gempa

November 23rd, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Kejadian gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter yang menggegarkan daratan di bandar Cianjur, wilayah Jawa Barat, Indonesia Isnin lalu terus merekodkan peningkatan angka korban.

Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Di Indonesia, Neelofa Rasa Bilik Baby Goyang, Terus Campak Phone Cari Pak Ustaz

Artikel Berkaitan: Staf Turun Guna Tangga, Saya Guna Lif Rasa Gegaran Gempa Bumi Di Indonesia, Iqbal Tak Berani Nak Tidur Seorang Diri

Angka korban 268 mangsa

Difahamkan, jumlah kematian akibat bencana terbabit kini meningkat kepada 268 mangsa selain 1,083 orang cedera manakala 151 orang lagi masih hilang.

Terbaharu, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), hadir melawat penduduk yang terjejas dalam kejadian bencana di lokasi pusat gempa bumi menempatkan ratusan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Cianjur, Jawa Barat.

Dalam masa sama, Jokowi turut mengagihkan bantuan makanan kepada kanak-kanak di pusat perlindungan sementara di sana seterusnya menggesa pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk memindahkan serta mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh.

Ikrar bantu pulihkan daerah Cianjur

Menurut laporan, beliau turut berikrar akan membantu daerah berkenaan untuk membangunkan semula segala infrastruktur yang musnah di samping menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan penduduk yang terjejas.

Tambah Jokowi lagi, penduduk terkesan akan menerima dana bagi membaik pulih rumah mereka. Difahamkan lebih 56,362 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan selepas 21,282 rumah rosak termasuk kira-kira 6,570 yang runtuh dalam bencana itu.

Mangsa akan menerima maksimum 50 juta rupiah (RM14,600) setiap seorang untuk membaiki rumah mereka yang rosak.

Rumah bakal dibina wajib mengikut standard rumah anti gempa.

Dilaporkan, sistem pemantauan dan tindak balas bencana pusat di Indonesia menganggarkan 3.29 juta orang, 981,500 isi rumah dan infrastruktur bernilai RM56 bilion) telah rosak dalam bencana itu.

Sumber: Media Indonesia, Tribunnews.com & Bernama

SKIP THIS AD ×