berita

Jom Buat Pemeriksaan Gigi Percuma Di Sunway Velocity Pada 7 Hingga 10 Mac 2024! Macam-Macam Aktiviti Ada!

March 5th, 2024 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

 

Pada 7 Mac 2024 hingga 10 Mac 2024, Haleon dan Sensodyne akan menganjurkan program pemeriksaan gigi secara percuma di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Ada pelbagai aktiviti dan promosi di sana!

Korang juga berpeluang untuk dapatkan sampel produk Sensodyne dan baucar Touch ‘n Go secara percuma.

Haleon & Persatuan Pergigian Malaysia anjur #BetterOralCarenation!

Program yang bakal berlangsung selama 4 hari ini merupakan hasil kerjasama di antara Haleon, Sensodyne dan Persatuan Pergigian Malaysia.

Program #BetterOralCarenation bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mulut, mendidik orang ramai tentang cara yang betul menjaga kebersihan mulut dan bekerjasama dengan rakyat Malaysia untuk mewujudkan #BetterOralCarenation.

94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi!

Kalau korang nak tahu, masih ramai di kalangan kita yang tak cakna tentang amalan penjagaan mulut yang betul.

Menurut laporan National Oral Health Survey of Adults pada tahun 2010, kira-kira 94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi dan 88.9% pernah mengalami masalah kaviti pada gigi.

Bukan itu sahaja, kajian yang dilakukan oleh Haleon dan Kantar juga menunjukkan bahawa 71% rakyat Malaysia mengalami gejala gigi sensitif.

Membimbangkan bukan?

Sebab itulah Haleon dan Persatuan Pergigian Malaysia ambil inisiatif untuk menjayakan kempen #BetterOralCarenation sempena Hari Kesihatan Pergigian Sedunia yang disambut pada setiap 20 Mac.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama hadir dan buat pemeriksaan gigi pada 7 Mac 2024 hingga 10 Mac 2024 ini di Sunway Velocity.

Kehadiran Korang amat dialu-alukan!

Sensodyne Sensitivity, Gum & Enamel beri 3 kali ganda perlindungan!

Bagi korang yang mahukan penjagaan mulut total, apa kata korang cuba Sensodyne Sensitiviti, Gum & Enamel. Ianya ubat gigi dengan manfaat Triple Action! 

Tidak hanya memberikan kelegaan pada gigi sensitif, ubat gigi ini turut memberikan perlindungan pada gusi dan mengukuhkan enamel gigi.

Terbukti secara klinikal dapat melegakan sensitiviti pada gigi, korang boleh lihat hasil ketara pengurangan gusi berdarah selepas  2 minggu penggunaan ubat gigi ini.

Selain itu, formula MicroFoam yang digunakan oleh Sensodyne Sensitiviti, Gum & Enamel dapat menembus jauh ke kawasan antara gigi dan di sepanjang garis gusi untuk memberikan penjagaan dan perlindungan mulut yang menyeluruh.

Dapatkan Sensodyne Sensitiviti, Gum & Enamel di pasaraya, farmasi, Watson dan Guardian yang  berdekatan dengan korang!

Pembelian dalam talian pula boleh di buat melalui Shopee, aplikasi Watsons dan Guardian

SKIP THIS AD ×