berita

Jom ‘Doodle’kan Wajah & Momen Manis Korang Di Shell Select!! Kiutnya…

March 29th, 2017 | by Nurul
Kini Trending

 

SK_SHELL_1271_01 4x3

Letih kan kalau hari-hari mengadap traffic jam! Bukan setakat stress je tapi silap-silap boleh naik angin. Arghhh..bencinya jam!

Chill la korang..sebab kalau korang nak tau, Shell ada mengadakan kempen Refreshing Journeys. So, apa kata korang singgah Shell Select dulu lepas tu  minum kopi ke, makan roti ke, ataupun stretching sikit badan yang lenguh-lenguh tu. Barulah fresh je nak mulakan perjalanan kan!

“Doodle Your Moment” di Shell Select!

Photo 2

Untuk pengetahuan korang, kempen “Refreshing Journeys” ni bertujuan menyerlahkan momen-momen menyegarkan setiap kali korang melangkah masuk dalam Shell Select. Nak lagi best, Shell jugak beri peluang kat korang untuk abadikan momen manis korang tu dijadikan doodle dengan satu lagi kempen iaitu “Doodle Your Moment”.

Selan itu, kempen Shell “Doodle Your Moment”  ni adalah kolaborasi Shell bersama Doodle Malaysia dan akan disertai oleh komuniti pelukis atau doodler tempatan. Wow..menarik kan!

IMG_1644

Haa..buat yang tak tahu, doodle ni ialah lukisan contengan yang dilakukan tanpa korang sedar. Selalunya bila tengah bosan dalam meeting ke, dalam kelas ke, mesti laju je tangan tu nak conteng-conteng. Lukis pokok la, binatang la, macam-macam lagi lah!

So, kalau korang nak tahu lebih lagi pasal doodle ni, apa kata korang join kempen Shell “Doodle Your Moment”  ni.

Kempen berlangsung selama 5 minggu. Rugi korang tak join!

IMG_1812

Korang yang selalu isi minyak kat Shell tu, takkan taknak join kempen ni kot. Yela selalu tu, datang Shell semata-mata untuk isi minyak kereta je, tapi kali ni siap ada kempen tau!

Tapi korang kena cepat sebab kempen ni berjalan hanya 5 minggu je bermula 20 Mac hingga 26 April 2017. Bukan selalu nak merasa muka kita sendiri di’doodle’ kan! Korang nak tahu tak macam mana nak join? Senang je..

Nak tak gambar korang tu jadi hand-drawn doodle? Ini caranya..

Photo 1

 

1) Snap gambar-gambar menarik korang kat Shell Select. [Tak kisahlah, gambar tengah minum kopi ke, tengah beli makanan ke, tengah lepak dekat cafe Shell Select ke,  semua pun boleh!]

2) Share dekat Instagram korang dan guna hashtag #ShellKita.

3) 100 penyertaan terbaik akan dipilih untuk dijadikan hand-drawn doodles oleh komuniti Doodle Malaysia sendiri.

4) Jangan lupa sertakan sekali caption yang gempak dan kreatif gila (tidak melebihi 40 patah perkataan).

Haa..kacang je kan! Bukan setakat boleh hilangkan stress atas jalan raya, tapi boleh merasa muka kita jadi doodle pulak!

So, apa korang tunggu lagi, cepat layari laman web Shell untuk maklumat lanjut. Join..jangan tak join!

 

 

 

SKIP THIS AD ×