berita

Jom Heboh Di Rumah Kembali Lagi, Jom Berhibur Sambil Shopping Raya!

April 30th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Selepas menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada penonton pada edisi tahun lalu, Jom Heboh Di Rumah (JDHR) bakal kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Mei 2021 ini. Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, Shopee!

Kerjasama dinamik ini menjanjikan platform hiburan menarik buat anda sekeluarga di samping barisan selebriti terkenal tanah air, persembahan hiburan menarik, segmen gaya hidup selebriti dari memasak hingga fesyen dilengkapi dengan tawaran membeli-belah dengan harga berpatutan serta hadiah terbaik untuk seisi keluarga!

Beli belah bersama keluarga

JHDR kali ini bakal hadir dengan dengan pesta membeli belah bertemakan Hari Raya. Gabungan JHDR dan Shopee memberi peluang kepada penonton memenangi hadiah eksklusif di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila berpeluang untuk membeli-belah atas talian serta berhibur bersama keluarga dalam suasana selesa dan selamat di rumah.

Menurut Datuk Michael Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, gandingan JHDR bersama Shopee dilihat amat bertepatan kerana acara tahunan setiap kali menjelang perayaan ialah membeli-belah, dan kini dapat dilakukan bersama keluarga tersayang menerusi atas talian.

Mereka tidak perlu bersusah-payah untuk ke pasaraya ataupun merempuh orang ramai. Lebih menarik, pembelian secara atas talian ini menawarkan diskaun yang hebat.

Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima pula berkata TV3 sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik untuk penonton. Melalui kerjasama ini, penonton boleh berbelanja secara atas talian tanpa perlu bersesak di tempat yang panas.

Barisan artis popular

JHDR Raya Bersama Shopee akan dihoskan oleh Fiza Frizzy dan AG Kool FM di samping rakan-rakan selebriti lain seperti Yassin, MK, Ernie & Syamel, Santesh Kumar, Anuar Zain, Hanbyul, Daiyan Trisha, Caprice, Kaka Azraf, Lando Zawawi, Chef Wan, Nabila Huda, Remy Ishak, Jovian Mandagie dan ramai lagi.

https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/551875419142748

JHDR akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 4 Mei bermula pukul 9 malam hingga 10 malam dan hari Rabu, 5 Mei, hanya di TV3.

SKIP THIS AD ×