berita

Jom ke Quill Fiesta Untuk Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM20,000, Aiskrim Inside Scoop Percuma & Banyak Lagi!

July 10th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Buat korang yang takde plan nak pergi mana atau taktahu nak terjah shopping mall mana bulan ni, Quill City Mall Kuala Lumpur (QCMKL) ada tawarkan banyak aktiviti dan hadiah yang menarik untuk korang tau.

Sambil korang shopping untuk barang keperluan tu boleh lah singgah dan sertai aktiviti yang ditawarkan, mesti korang takkan menyesal punya!

Nak tahu lebih lanjut? Jom min kongsikan apa yang ada di sini!

Nak menang hadiah gempak? Join ni dulu!

Untuk pengetahuan korang, QCMKL akan mengadakan Quill Fiesta bermula dari 7 Julai sehingga 30 September 2023 yang bakal menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik buat para pengunjung.

Antara yang menarik adalah korang boleh tebus baucar tunai daripada outlet seperti H&M, TOMAZ, Watsons, Guardian, Original Classic dan banyak lagi!

Setelah membuat penebusan baucar tunai tersebut, korang secara automatik akan mendapat 1 penyertaan untuk membuat cabutan Shop, Drop, Win dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000,00.

Berikut merupakan cara-cara korang nak menang hadiah di atas:

  1. Tebus baucar tunai dari mana-mana outlet terpilih di QCMKL dengan syarat perlu berbelanja RM120 dan ke atas (maksimum gabungan 2 resit).
  2. Tebus baucar tunai di kaunter Concierge, Main Court, Tingkat Bawah dari 10.00am – 10.00pm.
  3. Pastikan korang hadir pada 2 Oktober 2023 untuk sesi cabutan hadiah.

(Terhad kepada satu (1) penebusan untuk satu (1) pembeli setiap hari)

Tertakluk kepada terma & syarat selagi stok masih ada*

Tebus aiskrim Inside Scoop secara percuma!

Selain itu, korang juga boleh dapatkan aiskrim Inside Scoop secara PERCUMA tau! Pergh memang seronok boleh dapat aiskrim Inside Scoop percuma macam gitu je.

Masa penebusan: 12.00pm – 4.00pm
Lokasi: Pintu masuk utama Quill City Mall Kuala Lumpur

Jom bawa anak-anak korang sertai workshop Qkiddies, mesti seronok punya!

Buat parents yang nak anak belajar tentang skill kemahiran hidup, korang boleh lah ajak diorang sertai bengkel Little Rangers ni. Mesti lepas settle workshop ni anak korang dah boleh tahu basic skill survival!

Antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan workshop Little Rangers:

Stesyen 1: Pemasangan Khemah

Stesyen 2: Pemeliharaan Hutan

Stesyen 3: Simpulan Tali Pengakap

Stesyen 4: Teroka Alam Semulajadi

Stesyen 5: Demonstrasi Menghidupkan Unggun Api

Stesyen 6: Memasak

Bukan tu je yang ada, kalau anak korang minat dengan haiwan pre-historic macam dinasour pulak korang boleh sertai bengkel Little Paleontologist.

Antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan workshop Little Paleontologist:

Stesyen 1: Pendaftaran

Stesyen 2: Research tentang dinasour

Stesyen 3: Ujian Pitting

Stesyen 4: Penggalian fosil

Stesyen 5: Analisis fosil

Wah, memang banyak diorang boleh belajar dalam sesi yang akan dijalankan selama 45 minit ni. Jadi, korang jangan lupa daftar siap-siap untuk anak korang kalau nak join sesi ni tau!

Berikut merupakan maklumat untuk sesi workshop Qkiddies:

Little Rangers

Lokasi: Main Court
Tarikh: 15 dan 16 Jul 2023
Masa: 11.00am hingga 5.00pm

Little Paleontologist

Lokasi: Main Court
Tarikh: 29 dan 30 Jul 2023
Masa: 11.00am hingga 5.00pm

Untuk pautan pra-pendaftaran korang boleh klik di sini – Little Rangers & Little Panteologist.

Rasai sendiri pengalaman menakjubkan dengan festival “Space Explorer Balloon”!

Hasil kerjasama artis belon yang terkenal dari Hong Kong, China, Taiwan, dan Malaysia”Space Explorer Balloon” yang akan diketuai oleh Master Belon Malaysia, Joseph Ho, akan menampilkan arca belon pertama yang bertemakan angkasa di QCMKL!

Pesta Belon yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 17 September 2023 ini, akan memberikan pengamalan dunia fantasi yang luar biasa kepada semua pengunjung dan menikmati keindahan arca balloon pertama yang menggunakan 100% belon biodegradasi.

Pengunjung juga boleh sertai aktiviti menarik yang ditawarkan seperti kelas gubahan belon, “Snap & Win” Contest, maskot walkabout dan paling penting korang akan dapat hadiah misteri yang menarik kalau join aktiviti ni!

Ha, tunggu apa lagi jangan lupa mark dekat kalendar korang siap-siap untuk datang dan sertai pelbagai aktiviti yang ditawarkan sempena Quill Fiesta ni! Jumpa korang disana okay!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Quill City Mall atau sosial media mereka:

Facebook: Quill City Mall Kuala Lumpur

Instagram: @quillcitymallkl

SKIP THIS AD ×