berita

Jom Main Commuter’s Game Di Wisma Cosway & Berpeluang Memenangi Smartphone Samsung A10!

June 4th, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Korang pergi kerja setiap hari naik apa? Drive kereta sendiri ataupun naik pengangkutan awam? Apa pun pilihan korang, kami pasti semua orang mesti nak tampil yakin setiap hari. Bagi pengguna pengangkutan awam, sebaiknya kita bermula dengan nafas yang sentiasa berbau segar. Baru semua orang seronok.

Haa..kalau korang nak tahu, Wrigley’s Doublemint telah menganjurkan satu peraduan menarik yang diberi nama Commuter’s Game dan ia bakal diadakan di Kuala Lumpur sekaligus membantu semua orang kekal segar hingga ke perhentian seterusnya. Memang lain dari yang lain betul permainan ni!

Perhentian bas Wisma Cosway, KL akan berwajah baru!

Commuter’s Game ini bakal berlangsung pada 13 dan 14 Jun 2019 bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang di sekitar Perhentian Bas Wisma Cosway, Kuala Lumpur. Macam biasa, bus stop Wisma Cosway ni memang sentiasa meriah dengan kehadiran pengguna pengangkutan awam. Mesti ramai yang akan join nanti!

Korang jangan terkejut pulak kalau sampai kat sana nanti tengok perhentian bas dah diubah suai menjadi lokasi permainan. Melalui permainan ini, beberapa orang peserta akan dipilih secara rawak oleh pihak penganjur untuk bermain.

Admin difahamkan peserta perlu memilih dan berdiri pada nombor yang dilekatkan di lantai perhentian bas tersebut. Lepas tu, mascot Wrigley’s Doublemint akan menaiki bas dan turun di perhentian yang sama dengan membawa nombor bertuah.

Peserta yang berjaya memilih nombor sama dengan nombor tertera pada badan mascot Wrigley’s Doublemint adalah pemenang.

Korang yang jadi penonton di Facebook Live pun boleh jadi pemenang jugak tau!

Yang paling best, semua orang boleh join permainan Commuter’s Game ni tau, asalkan korang tonton  video secara live di Facebook Wrigley’s Doublemint bermula jam 10 pagi.

Kalau korang kat rumah pun, korang tetap boleh join dengan cuba meneka nombor pilihan korang dan kalau bertuah, korang mungkin  berpeluang memenangi hadiah utama!

Banyak hadiah menarik menanti korang!

Kredit: Kompas Tekno

Ada macam-macam hadiah menarik untuk korang rebut, termasuklah 20 buah telefon pintar Samsung A10, 60 Kad Touch n’ Go Ekslusif Wrigley’s Doublemint dan produk dari Doublemint.

Mesti korang semua excited dan tak sabar nak join Commuter’s Game pada 13 dan 14 Jun 2019 ni kan? Pastikan Wrigley’s Doublemint sentiasa ada bersama korang untuk kekal segar di perhentian seterusnya. Jumpa korang kat sana!

Sebarang maklumat lanjut, layari laman Facebook Doublemint Malaysia hari ini juga!