berita

Jom Sama-Sama Gegarkan Konsert Jom Heboh Hujung Minggu Ini, Ada Hujan & Altimet!

July 27th, 2018 | by Shafika
Shout Out!

Fuhh tak sabar tunggu esok! Nampaknya, kurang dari 24 jam untuk korang ke Karnival Jom Heboh. Apa yang menariknya kali ini semestinya lebih hiburan dan lebih gempak! Memang rugi kalau korang lepaskan peluang ini. Selain beramah mesra dengan artis-artis tempatan, korang juga boleh shopping sakan dan sertai aktiviti menarik di booth yang disediakan.

Malam minggu pula jangan lupa janji temu kita untuk layan Konsert Hot Kool Jam yang menampilkan ramai penyanyi hebat. Bukan hari Sabtu je tau, hari Ahad pun ada. Memang tak boring lah korang hujung minggu ini. Kami listdown artis yang bakal menghiburkan dua hari ini di Karnival Jom Heboh!

Aktiviti menarik

Mesti korang tak sabar nak tengok artis kegemaran korang menyanyi secara langsung kan? Yelah selama ini, asyik dengar kat radio je. Tak cool lah beb! Jadinya korang wajib turun padang untuk saksikan mereka sendiri di Konsert Hot Kool Jam.

Buat mereka yang busy sangat tu, tak sempat nak datang. Korang boleh layari live stream di Youtube Hot TV dan Kool TV pada hari Sabtu bermula jam 9 malam. Pada hari Ahad pula, korang boleh ke Youtube TV3 Malaysia atau tonton secara langsung menerusi kaca TV di rumah.

Konsert hari Sabtu

Antara barisan artis yang akan menghiburkan korang pada hari esok bukan calang-calang orang tau! Kita ada Kugiran Masdo, Ameng, Misha Omar, Floor88 dan kumpulan menjadi kegilaan ramai dulu dan kini iaitu Ruffedge. Fuh memang betul-betul rugi kalau tak datang.

Konsert hari Ahad

Untuk hari Ahad tak kurang hebat juga. Kita ada Black Mentor, Maisarah Ukulele, Hujan Band, Altimet, Kharrez dan semestinya penyanyi bersuara lantang Dayang Nurfaizah.

Save the date okay! Jangan lupa ramai-ramai datang ke Karnival Jom Heboh pada 28 & 29 Julai ini, di KL Sports City Bukit Jalil. Kemeriahan berterusan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×