Penyanyi Ayu Damit memberitahu rumahnya dimasuki ular buat kali kedua, semalam.
Artikel Berkaitan: Terkejut Nampak Ular Di Dapur, Mimpi Ayu Damit Jadi Kenyataan – ‘Mujur Saya Nampak, Kalau Tak…’
Artikel Berkaitan: Ayu Damit Terkilan Netizen Hanya Baca Tajuk & Tak Faham Cerita Sebenar – ‘Saya Tak Kata Pun Tak Bagi Anak-Anak Cucuk Vaksin!’
Bila JPAM sampai tiada ular
Menerusi posting di Instagram, Ayu berkata, hatinya tidak tenang selagi ular itu tidak ditangkap. Ujar Ayu, sewaktu Jabatan Pertahanan Awam datang ke rumahnya, ular itu tiba-tiba tiada.
Ular masuk rumah bukan main-main. Dah kali kedua ni. SubhanaAllah. Hati tak tenang selagi tak nampak ular tu tak kena tangkap. Jpam datang ular tu tak ada ditempat yang terakhir kami nampak. Mata ni dok perhati tempat tu sampai Jpam sampai, tapi bila dah sampai tiada ular tu pergi mana? Rumah ada baby risau tau. Apa lagi nak jadi?
Tambah Ayu lagi, pagi tadi dia menerima berita kurang baik daripada pekerjanya. Jelas pelantun suara ‘Hanya Di Mercu’ ini, motor pekerjanya hilang. Lebih menyedihkan, motor tersebut merupakan motor kenangan bersama arwah bapanya.
Betul kata orang tua dulu-dulu kalau ular masuk rumah mesti ada benda yang tak elok akan berlaku. Semalam petang ular masuk rumah. Pagi tadi pekerja telefon cakap motor hilang. Dah la motor tu kenangan dengan arwah abah. Tak apalah anggap sahaja tak ada rezeki. Allah yang maha mengetahui.
Sumber: Ayu Damit