berita

Jual Ibu RM3, Status Anak Derhaka Ini Buat Ramai Terkesima

October 18th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Tergamaknya seorang anak apabila sanggup perlakukan ibu seperti binatang. Seorang anak memuat naik status ingin menjual ibunya RM3 kerana dirasakan membebankan dirinya. Kejadian yang berlaku di Blitar, Jawa Timur ini mendapat kecaman ramai termasuk mula viral di Malaysia

Walaupun akaun Facebook anak itu didapati sudah dipadamkan, namun viral beberapa foto status yang sempat di screenshot oleh netizen. Memang derhaka betul!

Jual ibu harga RM3

Dijual ibu berpenyakit. Harga 10, 000 rupiah (RM3) saja. Yang minat silahkan datang ke Blitar. Uruskan orang tua tidak berguna ini. Dijual kerana menyusahkan. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan.

Iklan itu mula viral di media sosial Indonesia dipercayai dimuat naik di Facebook oleh seorang remaja wanita yang mahu menjual ibunya kerana menyusahkan hidupnya.

Menurut laporan media Indonesia, remaja itu menyatakan dia membenci ibunya kerana sakit dan menyebabkan dia terpaksa membelanjakan wang yang banyak.

Ngak mahu lahir di rahim busuk

Dompet aku makin nipis gara-gara jaga orang tuaku, patutkah dia dihormati? Ibu bodoh tak perlu buat kesian, dari dulu aku nak buang tetapi jiran suka ikut masuk campur. Yang menanggungnya hanya aku, beban atas aku seorang, bukan orang lain.

Kalau laku sudah dijual, buat mereka yang boikot aku. Ada yang mahu rawat orang tua gila ini?

Malah remaja derhaka dia turut melontarkan kata-kata kasar terhadap ibunya dan menyamakan wanita itu dengan haiwan. Paling menyedihkan dia kesal kerana dilahirkan dalam rahim ibunya yang dihina busuk.

Jangan masuk campur

Berbeza dengan ibu bapa saya, mereka memberi alasan sakit dan pening kepala. Kalau berpenyakit, lebih baik mati kerana menyusahkan anak.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Surya Malang, polis Blitar kini menyiasat akaun terbabit selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Sumber : Surya Malang, Tribun, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×