berita

Jual Video Kemaluan Isteri Di Media Sosial, Lelaki Kaut Untung Sehingga RM1.5K

May 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: OkeZone

Hanya kerana mahu mengaut keuntungan, seorang lelaki tergamak menjual video lucah isterinya di media sosial.

Jual video kemaluan isteri

Sekadar gambar hiasan

Video yang memaparkan kemaluan itu dikatakan dirakam di kebun teh di Bandung, Indonesia. Suspek kemudian membuat akaun media sosial dan menjual video tersebut dengan harga 300,000 rupiah bersamaan RM91 tanpa pengetahuan isterinya.

Malah, suspek berjaya mengaut keuntungan hampir 5 juta rupiah iaitu RM1,527 hasil penjualan video tidak senonoh itu. Namun siapa sangka, video bogel yang dijual tersebar dan tular di media sosial selepas seorang remaja menjual kembali video tersebut.

Isterinya hanya mendapat tahu tentang penjualan video selepas ia menjadi tular di media sosial apabila seorang remaja kembali menjualnya sejak September tahun lalu.

Menurut polis, hasil siasatan awal mendapati video tersebut dirakam untuk kegunaan peribadi namun disalahgunakan oleh si suami disebabkan masalah kewangan.

Susulan daripada itu, pasangan suami isteri terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan manakala remaja yang terlibat diserahkan di pusat perlindungan di Bandung.

Sumber: OkeZone

SKIP THIS AD ×