Usahawan, Kieda Crepe tampil bersuara selepas seorang individu menyarankannya menukar warna kening, selain menegur tona kulit wajahnya yang tidak sekata dan dikatakan kurang berseri.

Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Tak ‘Makan’ Duit Anak-Anak, Pilih Segera Buat Simpanan – ‘Titik Terendah Macam Mana Pun ..’

Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Selamat Timang Anak Ketiga, Puji Layanan Hospital Kerajaan – ‘Cukup Selesa Untuk Bersalin’

Kening

Menerusi perkongsian di Instagram, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra merasakan dia tidak memerlukan pendapat orang lain berkaitan dengan penampilannya.

Menurutnya, selagi dia tidak mengganggu ketenteraman orang lain, dia berharap orang lain juga tidak perlu mempertikaikan atau mempersoalkan gaya penampilannya.

Kalau tak kecam boleh saja mesej saya secara personal, tak perlu umum.

Saya tak perlu pendapat orang sebab saya rasa apa yang selesa untuk saya, saya akan lakukan.

Selagi saya tak mengganggu rumah tangga orang, saya harap orang tiada yang sakit mata tengok diri saya macam mana sekali pun.

Dalam pada itu, Kieda berkata suaminya juga menyukai penampilannya, selain dirinya sendiri berasa selesa dengan apa yang dipakainya.

Suami kalau dia terima kita seadanya, kita lukis pakai watercolour pun dia akan hargai dan cakap cantik saja.

Lagipun, suami saya tak suka saya nampak menyerlah sampai orang lain tertarik. Jadi saya selesa dengan apa yang saya pakai harian.

Terima kasih dan maaf kalau tak dapat ikut pendapat awak.

Terdahulu, seorang individu memuat naik komen meminta Kieda memperbaiki penampilannya dengan menukar warna kening, selain menyarankannya melakukan sesuatu terhadap tona kulit wajahnya yang didakwa kelihatan seperti terbakar.

Sumber: Instagram