berita

Jualan Tergempak iQIYI! Layan Ribuan C-Drama, Anime & Banyak Lagi Hanya RM0.20? Siap Ada Sarikata BM Lagi!

November 27th, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Sekejap je dah nak hujung tahun kan? Hurmm…Tak ada plan nak pergi mana-mana ke? Tak bosan ke duduk rumah tu nanti? Haaa…Korang takkan bosan kalau iQIYI ada, lagi-lagi kalau langgan VIP!

Cakap je nak tengok drama apa semuanya ada! Baik drama tempatan, K-drama, C-drama, Anime ataupun program variety, semuanya korang boleh layan di iQIYI lengkap dengan sarikata Bahasa Melayu tau!

Korang bukan pelanggan VIP macam min? Haaa….Korang bernasib baik sebab iQIYI ada menawarkan langganan VIP dengan hanya RM0.20 tau. Biar betul!

Jimat 50% untuk Pelan VIP Tahunan iQIYI!

Bagi menutup tirai 2023 kali ini, iQIYI ada menawarkan diskaun sebanyak 50% sempena jualan terhebat VIP iQIYI dengan harga RM69.90 setahun. Kalau nak ikutkan, kira-kira RM0.20 je sehari. Wow murah!

Mesti korang tanya berbaloi ke langgan iQIYI VIP ni? Mestilah berbaloi, banyak kelebihan yang ditawarkan. Lepas ni, korang boleh lah layan drama faveret tanpa gangguan. Baru syok macam ni!

Agak-agak korang apa keistimewaan jadi pelanggan VIP ni eh?

Sudah semestinya korang akan dapat menonton lebih daripada 30,000 senarai tontonan Melayu, Cina, Korea, anime yang bermutu tinggi, sama ada melalui aplikasi iQIYI di handphone korang atau boleh strim di smart TV!

Bukan setakat tu je, korang juga bakal menikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, akses tontonan awal ke episod baru, Celebrities Meet & Greet, Viewing Party, Merchandise, Dolby Atmos, HD Penuh (4K) dan macam-macam lagi lah.

Jom layan drama yang tengah trending ni!

1. Story Of Kunning Palace

Ohhh…Patutlah ramai yang layan drama ‘Story Of Kunning Palace’ ni, rupanya drama adaptasi dari novel popular China.

‘Story Of Kunning Palace’ dibintangi oleh pelakon yang comel-lote Bai Lu. Padan pula dengan pasangannya Zhang Linghe yang tampan. Lepas tu muncul pula orang ketiga Wang Xingyue. 

Apa lah yang akan jadi lepas tu kan!

Drama yang mengisahkan seorang ratu yang sangat kejam terpaksa membunuh diri sendiri. Tapi dia juga diberi peluang kedua untuk ‘hidup semula’ dan memperbetulkan keadaan.

Adakah dia akan terus menjadi seorang ratu yang kejam macam dulu? Kalau nak tahu lebih lagi kena lah layan drama ni.

2. Bukan Sekadar Lafaz

Ini lah drama Melayu popular nombor 1 di iQIYI yang boleh korang layan berkali-kali!

Mesti seronok kalau ‘crush’ zaman sekolah betul-betul jadi jodoh kita kan? Haaa…Sama lah macam drama ‘Bukan Sekadar Lafaz’ ni lakonan hebat Alif Satar (Hud) dan Wanna Ali (Syikin).

Dah nama pun drama mesti lah ada halangan kan? Tak syoklah kalau bahagia sepanjang masa betul tak?

Selepas mereka berdua berkahwin, mulalah pelbagai dugaan yang menimpa mereka disebabkan oleh sifat cemburu dari orang sekeliling.

Agak-agak korang adakah kisah cinta mereka akan kekal hingga ke jannah? Jangan lupa saksikan drama ni. Hehehe!

3. Attack on Titan Final Season Part 3

Akhirnya, ‘Attack on Titan Final Season Part 3’ dah ada kat iQIYI lah.

Kalau korang nak tau, iQIYI ada SEMUA EPISOD, dari episode awal sehinggalah ke episod paling finale sekali.

‘Attack on Titan Final Season Part 3’ kali ini menceritakan bagaimana pengakhiran perjuangan manusia menentang Titan yang telah menyebabkan hidup mereka semua sengsara.

Korang pun tahu bukan senang nak lawan Titan ni, mana tak nya gergasi lawan dengan manusia memang susah lah kita nak menang betul tak?

Apa-apa pun min harap kali ni mereka berjaya menentang Titan dan boleh hidup dengan aman!

Amacam on tak on guysss?

Banyak lagi rancangan menarik di iQIYI, jom layan puas-puas!

Apa yang bagus dengan iQIYI ni ialah, banyak rancangan yang kita boleh tonton tau. Kalau korang tak ada idea, ni min kongsikan beberapa siri drama yang min suka tengok. Memang tak menyesal beb!

Drama China

1. My Journey to You, drama siri fantasi yang dibintangi oleh Esther Yu, Zhang Ling He.

2. Fireworks of My Heart, sebuah kisah cinta lama abam bomba yang berputik kembali selepas beberapa tahun. Lakonan hebat Yang Yang dan Wang Churan.

3. Love Between Fairy and Devil, yang mengisahkan tentang sebuah cinta terlarang antara Fairy dan Devil, dibintangi oleh pelakon terkenal Dylan Wang, Esther Yu.

Drama Melayu

1. 7 Hari Mencintaiku, drama fenomena bersiri tempatan yang mengisahkan seorang wanita yang ego, cair dengan seorang lelaki dek kerana cinta. Lakonan mantap Shukri Yahaya, Siti Saleha.

2. Sekali Lagi Cinta Kembali, lakonan Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim yang mengisahkan seorang duda yang terbuka pintu hatinya disebabkan seorang wanita.

Anime

1. One Piece

2. Spy X Family

Menarik kan? Tak sabarnya nak tengok!

Nak drama baru?

Jap, sebelum tu mesti korang tertanya-tanya, drama baru apa pulak lah yang akan iQIYI tayangkan. Yelah, tiap-tiap bulan ada je drama terbaru di platform yang eksklusif ni tau.

Ni min share kan beberapa drama eksklusif yang bakal ditayangkan di iQIYI tak lama lagi, antaranya :

1. Rampas Cintaku 2, lakonan hebat Afieq Shazwan dan Fasha Sandha.

2. Luruhnya Bunga Cinta 2, lakonan Redza Rosli dan Tracie Sinidol.

3. Fox Spirit Matchmaker, gandingan hebat Yang Mi dan Gong Jun (Simon Gong).

4. Follow Your Heart, lakonan Luo Yunxi dan Song Yi.

Kesimpulannya, memang rugi kalau korang tak rebut peluang jualan terhebat iQIYI ni. Bila dah ada langganan VIP, hiburan pun jadi lebih mantap.

Cepat tunggu apa lagi, tawaran hebat ini sah dari 27 November 2023 hingga 10 Disember 2023!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×