berita

Jualan Tiket Untuk Saksikan Big Bang & 2NE1 Di Malaysia Laris Macam Pisang Goreng

March 10th, 2014 | by Ai
Kini Trending

8TV_8TVNitelive_Header_TOY_285277281

Rupanya masih dahsyat lagi penangan muzik K-Pop dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Buktinya, tiket untuk menyaksikan G-Dragon, Taeyang dan Seungri di Thinking Of You Fan Meeting Show yang berharga RM200 dan RM500 kini telah habis terjual dalam masa tidak sampai sebulan.

Walaupun hanya hadir bertiga namun peminat dijangkakan akan memberi sambutan hangat terhadap persembahan selama 2 jam yang bakal berlangsung pada 16 Mac nanti di Sunway Surf Beach Resort.

Buat masa ini, hanya tiket VVIP bernilai RM750 dan RM550 yang masih boleh didapati di samping beberapa keping tiket terhad bernilai RM200. Untuk makluman, 1000 orang pertama yang membeli tiket RM750 akan beroleh baju T edisi terhad dan lampu suluh rasmi Big Bang secara percuma.

Sementara itu, kumpulan Kpop wanita yang tidak kurang popular, 2NE1 juga akan turun ke Malaysia bagi menghiburkan anda menerusi konsert 2NE1 2014 World Tour “All Or Nothing” pada 24 Mei 2014.

POSTER2

Jika peminat fanatik Big Bang sanggup beratur selama 5 hari 4 malam, pelancaran tiket 2NE1 yang diadakan semalam juga menyaksikan ramai peminat sanggup beratur selama 30 jam hanya untuk merebut tiket VVIP yang mana akan melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah, poster edisi terhad dan produk Clio.

Manakala, jualan tiket 2NE1 yang merangkumi VVIP (L1), VVIP (R1), PS1 (R1) dan semua PS2 telah pun habis terjual seperti yang dimaklumkan oleh pihak penganjur kepada kami melalui email sebentar tadi.

Namun bagi yang ingin membeli tiket lain berharga RM499 di Rock Zone anda boleh mendapatkannya secara atas talian di TicketCharge atau hubungi talian 03-92228811 sebelum kehabisan.

SEAT PLAN_2NE1

Pelan kedudukan di dalam Stadium Negara untuk konsert 2Ne1

Selain daripada itu, tiket juga dijual di pejabat TicketCharge, kedai muzik Speedy, kedai muzik Rock Corner, pusat muzik Victoria, Neway Karaoke dan Celcom Blue Cube.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Facebook IME Production atau Facebook 2NE1. Namun sementara itu, jom layan dulu MV terbaru kumpulan ini berjudul Come Back Home. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×