berita

Juara Dewi Remaja 2022 Tak Mahu Orang Panggil ‘Kembar’ Mira Filzah Lagi

September 7th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Tracie Sinidol, juara Dewi Remaja 2022 berharap agar orang ramai tidak lagi menyamakan dirinya dengan Mira Filzah.

Artikel berkaitan: ‘Kenapa Nak Sorok? Nanti Orang Tetap Nampak’ – Mira Filzah 

Jadi diri sendiri

Juara Dewi Remaja 2022 yang berasal dari Sabah itu menegaskan dia ingin dikenali dengan identiti yang tersendiri dan tidak mahu disamakan lagi dengan selebriti popular tersebut.

Saya dah cipta gelaran baharu. Terima kasih atas kemenangan ini dan berhenti cakap saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.

Menurut Tracie, terdapat misi dan tujuan yang perlu dia capai sebagai pendatang baharu dalam dunia industri seni ini iaitu sebagai pengacara mahupun pelakon.

Sebenarnya saya minat berlakon, mengacara dan juga menyanyi. Jadi sekarang saya sedang berusaha untuk memperbaiki dialek Sabah dengan belajar bahasa baku dengan menonton filem, drama serta lagu selain pembawaan diri di hadapan orang ramai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×