berita

Judika Perjelas Isu Padam Gambar Di Instagram – ‘Tiada Niat Hilangkan Diri’

July 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Berikutan tindakan memadam semua foto-foto di Instagram, penyanyi terkenal Indonesia, Judika didakwa mahu meninggalkan dunia seni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Judika ‘Guide’ Peserta Indonesia Idol Lagu Speechless Memang Terbaik!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Judika Perkenal Lagu Baru, Bunga Citra Lestari Tak Dapat Tahan Sebak, Menangis Tertunduk

Tiada niat

Menurut Judika atau nama sebenarnya Judika Nalon Abadi Sihotang menjelaskan bahawa tindakan memadam gambar tersebut dilakukan hanya untuk mempromosikan Konsert Rockmantic Night Judika and The Gang.

Semua kawan-kawan menghubungi saya kerana ramai yang mengganggap saya ingin mengundurkan diri dari dunia muzik.

Sejujurnya saya tidak pernah mempunyai konsep seperti ini, ia adalah konsep daripada ‘team’ saya untuk memaklumkan tentang konsert supaya peminat saya tahu.

Penyanyi berusia 45 tahun itu sama sekali tidak berniat untuk mencetuskan kekecohan berhubung dakwaan pengunduran diri sebagai penyanyi.

Setelah kejadian itu, saya sendiri terkejut kerana melihat kapsyen yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah sangka.

Saya pun sudah meminta maaf kepada mereka, saya sama sekali tiada niat untuk menghilangkan diri. Jika saya mahu menghilang (meninggalkan industri), saya sendiri akan beritahu.

Judika berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsert tersebut di Pavillion Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, pelantun lagu Setengah Mati Merindu itu berasa terharu kerana ramai yang menyayangi dirinya.

Ramai orang mengambil berat dan menyayangi saya sehingga membuat saya rasa terharu.

Dari kejadian ini saya melihat mereka menghargai karya-karya saya dengan sangat mendalam.

Konsert Rockmantik Night Judika and The Gang akan diadakan pada 21 Oktober hadapan di Axiata Arena Bukit Jalil yang juga bakal menampilkan Shila Amzah, Haqiem Rusli dan Marsha Milan.

SKIP THIS AD ×