berita

Juliana Evans Buat Surprise Balik Malaysia

November 18th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

juliana evans-1

Welcome back! Akhirnya pelakon cantik ini pulang juga ke tanah air tercinta selepas beberapa tahun bertungkus lumus untuk menghabiskan pengajiannya di Western Michigan University.

Tapi, kepulangannya kali ini bukan sahaja membuatkan kami terkejut, malah kawan-kawan karibnya juga tidak menyangka bahawa Juliana kini sudah berada di depan mata mereka. Pandai buat surprise.

juliana evans-4

Wah, memang meriahlah suasana apabila Juliana kini sudah kembali bersama kawan-kawan sekepala seperti Liyana Jasmay dan Kaka Azraff.

Menerusi foto-foto yang dimuatnaik, Juliana kini nampaknya sedang merancang projek besar dan kami yakin bahawa Juliana sudah tidak sabar untuk kembali ke industri hiburan Malaysia. Apa agaknya projek Juliana? Ha.. sama-samalah kita tunggu okay.

Good luck pretty!

Kredit foto: Instagram Juliana Evans

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×