berita

Juliana Evans Selamat Bersalin Anak Kedua

June 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan seorang bayi perempuan, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Epidural Tidak Berkesan, Juliana Evans Trauma Untuk Melahirkan Anak Kedua

Artikel Berkaitan: Teruja Kongsi Berita Gembira, Juliana Evans Umum Hamil Anak Kedua!

‘Kini ibu kepada dua anak’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans meluahkan rasa teruja serta bersyukur atas kelahiran anak keduanya itu.

Kelahiran adalah sebuah permulaan paling mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seorang wanita.

Alhamdulillah saya kini seorang ibu kepada dua orang anak.

Pelakon filem KAMI The Movie tersebut berkongsi wajah cahaya matanya itu untuk tatapan pengikutnya. Dalam hantaran yang sama, turut kelihatan suaminya yang berada sisi ketika proses kelahiran bayi mereka.

Ucapan tahniah daripada rakan artis

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikutnya yang turut gembira atas rezeki yang dikurniakan.

Sekadar info, Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah berkahwin pada April 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 2.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×