berita

Jumlah Kematian Meningkat, KKM Guna Kontena Tambahan Tampung Mayat Pesakit Covid-19

May 17th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Akhir-akhir ini, berlakunya peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara kita dan perkara tersebut secara tidak langsung menjadi ancaman buat orang ramai.

Bahkan, sehingga semalam jumlah kematian akibat Covid-19 mencatatkan seramai 1,866 pesakit. Jika dilihat menerusi angka tersebut ia merupakan satu angka yang agak besar.

Terpaksa sediakan kontena khas

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Susulan peningkatan kematian yang mendadak, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu posting di laman Facebook menjelaskan pihaknya terpaksa menyediakan kontena khas bagi dijadikan tempat penyimpanan tambahan mayat yang meninggal kerana Covid-19.

Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah/mayat yang meninggal dunia kerana #COVID19. Hari ini, enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu.

Pada masa yang sama, pihak KKM turut menjelaskan hampir 80% kematian adalah daripada golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi (menghidap dua atau lebih penyakit serentak).

Kebanyakan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

SKIP THIS AD ×