Korang mesti gemar makan telur dan tambahkan dalam masakan kan?
Tapi ingat, jangan sesekali ambil ringan dengan penggunaan telur dalam masakan. Mesti korang nak tahu sebab apa kan?
Artikel Berkaitan: Remaja Didakwa Meninggal Dunia Lepas Makan Tiga Biji Telur Mata
Jangan ambil mudah
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telur adalah bahan yang sangat mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella.
Bila dah tercemar dengan Salmonella, individu yang memakan telur akan mengalami gejala seperti demam, kejang perut dan juga cirit-birit. Bahaya tu!
Apa yang boleh dilakukan?
???????????
?? Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.
? Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit.
?? Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat… pic.twitter.com/tjzechXYDq
— KKMalaysia????? (@KKMPutrajaya) June 12, 2024
Jadi, pihak KKM sangat menyarankan orang ramai di luar sana untuk melakukan pemerhatian dan penilaian yang sebaiknya sebelum membuat pembelian telur.
Selain itu, antara lain yang boleh anda lakukan adalah menyimpan telur di tempat yang sesuai serta basuh sebelum menggunakan telur terlebih dahulu untuk menjamin kebersihan dalam makanan anda.
Sekadar info, berlaku dua kes kematian melibatkan keracunan makanan yang dipercayai berlaku akibat memakan mihun dan telur goreng yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama yang terletak di daerah Gombak pada Sabtu.
Mayat kedua-kedua mangsa telah pun dihantar ke Forensik Hospital Selayang bagi tujuan siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber: Aplikasi X KKM Malaysia