berita

‘Jumpa Dekat Aplikasi Sesama Jenis’ – Gambar Disalahguna, Bekas Suami Lufya Nafi Dakwaan ‘Songsang’

July 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Krisis rumahtangga, penyanyi, Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menemui jalan penyelesaian apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, 17 Jun lalu.

Artikel berkaitan: ‘Tolong Jaga Lanaa Haura Dengan Baik’ – Dr Che Hafiz

Jelas, Dr Che Hafiz penceraian berlaku bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga. Dia juga menafikan dakwaan kononnya dia meminati kaum sejenis.

Jumpa saya dalam satu aplikasi

Weh, Uztad suka kat kau!? Ustad tu lelaki kot. Jangan-jangan ustad tu gay! Teringat satu Kisah masa sy zaman sekolah. Waktu tu sesi kelas subjek pendidikan islam. Masa tengah mengajar ustad tu pun cakap dia suka kat seseorang. Tambahan seseorang yang dimaksudkan itu jantinanya adalah seorang lelaki.

Kemudian Ustad menjelaskan bahawa tidak ada masalah pun jika kita menyukai lelaki di atas sebab kelebihan yang dikurniakan seperti kerjaya yang bagus, sifat keperibadian yang baik, kategori orang2 yang berjaya atau orang2 yang dihormati yang boleh dijadikan sbg idola dlm kehidupan kita seperti baginda Nabi Muhammad SAW.

Sebenarnya beberapa bulan yg lepas sy telah menerima DM drpd sorang Hamba Allah ni. Dia kata dia jumpa saya dekat dalam satu aplikasi.Di mana aplikasi tersebut adalah untuk orang yang suka sesama jenis (gejala songsang).Perkara seperti ini sy tidak hairan jika berlaku disebabkan kecanggihan teknologi masa kini dan dgn mudah sahaja orang boleh ambil gambar kita untuk digunakan bagi tujuan yg bukan2 termasuklah apa yang telah sy kena.

Di Instagram, Dr Che Hafiz menafikan dia mempunyai satu akaun aplikasi untuk berhubung dengan kaum sejenis. Tambahnya, pada masa sekarang masyarakat boleh melakukan apa sahaja apatah lagi menggunakan gambar kita bagi tujuan yang bukan-bukan. Sewaktu di sekolah dahulu, Dr Che Hafiz memberitahu ada seorang ustaz didakwa meminati dirinya juga.

Saya berkawan dengan sesiapa sahaja

Saya yakin perkara sebegini sudah tak asing lagi.ia sudah banyak berlaku dan bukan saya sorang sahaja yang dah terkena ianya dah tak mustahil lagi untuk dunia akhir zaman ni. Saya tahu saya jenis yang open minded, berkawan je dengan sesiapa tak pernah judge people bila berkawan dan bila orang layan kita baik kita balas baik tapi tetap ada batasnya. Mungkin ada rakan saya yang terlibat dengan gejala songsang ini tapi bukan hak saya untuk menghukum dan kutuk mereka.

Mereka juga adalah manusia jika kita mampu nasihatlah mereka secara baik tetapi jika tak mampu diam itu adalah lebih afdal. Saya juga ingin nasihatkan bahawa jika anda menerima berita seperti ini untuk meneliti atau selidik terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara sebelum jump into conclusion. Saya percaya kita semua bijak pandai dan dikurnia akal untuk berfikir secara waras jadi jangan sia-siakannya.

Pada hari ini kesimpulannya mudah sahaja yang saya ni bukanlah gejala songsang yang disangkakan. Memang buat masa ni saya kekal single bukan kerana saya trauma kepada wanita tapi saya ingin beri lebih tumpuan kepada kerjaya dan anak saya agar membesar dengan baik. Soal jodoh tu di tangan tuhan klau ada tak akan kemana pun. Sekian.

Sebagai manusia, dia turut memberitahu tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa. Malah, tidak akan menilai individu tersebut. Di akhir posting tersebut, Dr Che Hafiz sekali lagi menafikan bahawa dia bukan golongan songsang seperti yang didakwa netizen.

Sumber: Dr Che Hafiz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×