berita

‘Tolong Jaga Lanaa Haura Dengan Baik’ – Dr Che Hafiz

July 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, pada 16 Oktober lalu, pelakon Lufya Omar telah memfailkan sebutan permohonan cerai di mahkamah. Namun, suaminya iaitu Dr Che Hafiz gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan permohonan cerai. Sehingga membuatkan Lufya keliru dengan pendirian suaminya itu apabila membuat keputusan untuk menolak penceraian tersebut.

Artikel berkaitan: Dituduh Tiada Hati Perut, Tak Peduli Teriakan Anak, Ini Penjelasan Suami Lufya Omar

Terbaru, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya. Dr Che Hafiz menerusi laporan Instagramnya, menganggap perpisahan yang dibuat secara baik itu merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Diam adalah lebih baik

 

View this post on Instagram

 

Bismillahirrahmanirrahim.. sesungguhnya diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata, itu saya sangat setuju tetapi kalau terlalu diam pun sebenarnya adakalanya bahaya juga untuk diri kita. Saya yakin di mana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang akan beritahu matlamat mereka selepas berkahwin adalah semata-mata untuk bercerai. Malah saya percaya dan yakin bahawa hasrat setiap pasangan tidak Kira si suami atau si isteri itu sendiri adalah untuk membina keluarga bahagia hingga ke akhir hayat mereka. Melainkan Sehinggalah jalan terakhir untuk setiap permasalahan yang berlaku di dalam rumah tangga di mana hanya penceraian sahaja adalah jalan terbaik selepas pelbagai usaha yang telah dilakukan demi menyelamatkan hubungan sesebuah perkahwinan. Walaupun saya dan Lufya sudah tiada apa2 lagi ikatan hubungan suami isteri secara sah dan setelah apa yang saya lalui.saya redha dan terima perkara ini dengan baik.saya percaya disebalik apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya namun saya juga tetap akan doakan yang baik-baik buat Lufya dan tolong jaga Lanaa haura dengan baik. Akhir sekali saya berharap agar doa saya untuk meluangkan masa dengan anak sy tercapai dan semoga saya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dgn sempurna tanpa disusahkan atau mendapat sebarang halangan.. Sekian..

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on

Che Hafiz mengakui setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga ingin mengecapi kebahagiaan hidup bersama keluarga. Malah, tidak ada mana-mana pasangan yang inginkan penceraian setelah mendirikan rumah tangga. Dia bagaimanapun reda dan terima baik keputusan yang dibuat mereka untuk berpisah.

Dia turut menitip doa buat bekas isteri dan anak sekaligus berharap agar diberi peluang untuk meluangkan masa dengan anak. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah yang sempurna tanpa halangan buat anaknya.

Saya juga ada hak bersama

Dr Che Hafiz menerusi laporan Metro menjelaskan status perkahwinan kepada umum setelah perkara itu sering menjadi persoalan ramai.

Sebelum ini orang sering bertanya status perkahwinan saya. Jadi, saya berharap perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan. Antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Perceraian ini dibuat secara baik dan ia jalan terbaik buat kami. Cuma selepas ini saya berharap dia dapat memberikan kerjasama baik dari segi penjagaan anak.

Dalam perkara ini saya cuba dengan cara baik. Tanggungjawab bukan setakat nak kena bagi duit, tapi saya nak juga berjumpa. Saya masih bapa kandung pada anak kami. Jadi, saya juga ada hak bersama.

Sumber: Dr Che Hafiz, Metro

SKIP THIS AD ×