berita

Jumpa Kondom Dalam Dompet Suami, Rupanya Main Kayu Tiga Dengan Budak Kolej

December 31st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri selepas mengetahui lelaki yang dicintai sepenuh hati tergamak bermain kayu tiga di belakangnya.

Suami curang

Seorang wanita yang tidak didedahkan identiti meluahkan dan menceritakan pengalaman hitam yang dilaluinya apabila si suami kantoi berlaku curang.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita terbabit memaklumkan dia hanya terhidu perbuatan jijik tersebut selepas terjumpa kondom di dalam dompet milik suaminya. Lebih meruntun hati apabila mendapati si suami rupa-rupanya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelajar kolej yang berusia 21 tahun.

Tuhan kalau nak tunjuk sekejap je. Aku jumpa lanyard ID pelajar budak tu dekat poket belakang seat driver.

Wanita itu akui kecewa kerana apa yang dilakukannya sebagai seorang isteri selama ini seperti tidak dihargai sebaliknya dikhianti si suami.

Selama ni kami sekeluarga okay je, bahagia dengan anak-anak dan tiada gaduh. Nafkah tak ada culas. Aku dah mula overthinking.

Apa kurangnya aku. Aku dah bagi dan buat macam-macam dekat dia. Entahlah, semua benda aku dah bagi sebagai isteri. Tapi macam ni dia balas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menasihati wanita itu supaya mengumpul bukti sebanyak yang mampu supaya dapat berdepan dengan suaminya kelak.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×