berita

Dituduh Curang & Tidak Hairan Mengenai Anak, Fizi Ali Respon ‘Berat Fitnah Ni Dik’

December 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram Story, penyampai radio, Fizi Ali berkongsi sebuah hantaran di mana ada seorang individu didakwa memfitnah dirinya berhubung isu anak.

Artikel Berkaitan: ‘Lari La Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing’ – Fizi Ali

Berat fitnah ni dik

Menurut individu berkenaan, dia tidak faham mengapa Fizi Ali mahu berebut Ameena daripada bekas isterinya sendiri iaitu Shakilla Khoriri. Individu tersebut turut melemparkan dakwaan di mana Fizi pernah curang sebelum ini.

Terkejut dengan posting berkenaan, Fizi bertindak ‘repost’ semula posting individu tersebut di media sosialnya. Ujar Fizi, fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu sangat berat.

Terdahulu, penyampai radio Hot Fm ini memberitahu bahawa dia akan menyelesaikan isu yang sedang berlaku di mahkamah. Manakala Shakilla pula menafikan dakwaan dia sengaja memisahkan Fizi dengan anak tunggal mereka.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×